Monday, September 22, 2008

Jalan TAR dan Wanita

huh...

balik balik tempat shopping....balik balik tempat shopping.

Aku ni kalau bab berbelanja memang tak de masalah. Ade duit jeh boleh abis dengan cepat saje. Beli coklat kit kat (aku suka sebab bila makan boleh jadi ultraman), beli air minuman jus (suka minum masa hisap rokok), Beli rokok, pegi mancing (minyak petrol RM40, ration-RM20, barang2 pancing-RM20, sewa bot -RM50 sorang)

Tapi kalau nak pegi shopping aku pegi tempat tak ramai orang pas tu terpencil. Tapi bini aku sudah merajuk daaaa.....die nak pegi Jalan TAR aku plak tak nak. dulu aku "complaint" pasal Giant sekarang aku ''complaint" pasal Jalan TAR.

Semasa aku belajar dan bekerja di KL ade juga singgah di Jalan TAR. Tempatnya sungguh tidak selesa dan ramai orang bersesak-sesak. Kenapa orang nak pegi Jalan TAR?......Susah nak jawab. nak beli baju raya kat tempat lain pon ade. banyak jugak pilihan. khemah2 di depan rumah kedai, office yang banyak dibina setiap kali nak beraya pon banyak jual baju raya. aku tak dapat jawab kenapa Jalan TAR.

Jadi memandangkan aku tak pegi jalan TAR, maka aku belikan isteri aku baju raya yang harganya (RM....) lebih kurang sama berbanding beli kat Jalan TAR kalau dicampur dengan kos minyak dari Perak ke KL (RM100) dan kos makan dalam perjalanan (RM50) serta penat lelah (Powerroot & rokok-RM10) dan masa. Meskipun begitu, mulutnya masih terkumat-kamit dengan perkataan-perkataan yang sukar difahami. Tapi ade jugak dengar perkataan "Jalan TAR"

akhir sekali ......why women're so difficult?

3 comments:

Eddy said...

pewit, makin hemsem la ko geebok hehe

HH said...

aku rasa mulut die kumat kami bukan nak pi jalan TAR. Die nak pi beach somewhere kat jepun. Nak keje kat sana jumpe Sacho!!!

Hunny said...

Women are not difficult if men understand them!! Why men so hard to understand?