Tuesday, January 6, 2009

Tahun baru, Nurhani dan Blog


Menjelang tahun baru, ramai yang tertanya-tanya, berkira-kira untuk satu azam. Azam tahun baru. Ada juga yang bertanyakan kepada aku. Azam tahun baru? Hah….tiada yang baru bagi aku di sini. Azam tahun baru juga tak penting bagi aku.

Ada yang berhasrat untuk berhenti merokok. Hermz, berani ke? Aku bila-bila masa boleh berhenti merokok. Tapi kalau ade banyak masa terluang boleh sahaja aku merokok. Merokok hanya untuk mengisi masa lapang. Siapa setujuuuuu?

Terkini aku sempat melayari laman blog Nurhani Salwa, sahabat karib aku dulu kini dan selamanya. Cukup terharu bila membaca isi kandungan blog Nurhani. Aku mengambil keputusan untuk cuba tidak lagi memanggilnya dengan nama “O’an”. Gadis seperti dia adalah layak untuk nama secantik Nurhani Salwa. Heh…baca blog rakan-rakan, ia menggambarkan diri mereka sendiri.

Aku sendiri tidak aktif menulis di ruangan blog. Hingga kini aku cuba memahami hati wanita seperti yang disaran oleh Nurhani Salwa. Ternyata wanita ini memang menyulitkan.

4 comments:

HH said...

Aku dari dulu lagi berani. Sama kita langsung takde azam. Menyusahkan je. Aku nak flexible, bukan rigid. Kalau nak buat baik, takyah bikin azam dulu baru nak buat. Dah benda baik, kita buat je la. Pe plak berazaw-azam ni. Buang masa je

Eddy said...

oit geebok..aku dah lama berenti merokok..muhahaha, kalo ko nak ajak si Herman berenti merokok, ko kena pastikan yang si Is & Jake berenti merokok jugak..

HH said...

Woit! Aku sudah berenti isap rokok la. Baru pagi tadi. OK lagi ni.....

Hunny said...

Salam Geebok,

Huhuhu.. trimas la sebab kau sudi singgah n baca blog. Siap ada komen lagi.. Huhu.. Semangat aku nak menulis.. hehhehe.. TQVM.. Anyway,fyi, wanita tak sulit, kalau lelaki bagi guidance yang betul dan faham wanita betul2.. Rite? Hehehe.. Rajin2 singgah lagi weh di blog aku!