Monday, September 22, 2008

Jalan TAR dan Wanita

huh...

balik balik tempat shopping....balik balik tempat shopping.

Aku ni kalau bab berbelanja memang tak de masalah. Ade duit jeh boleh abis dengan cepat saje. Beli coklat kit kat (aku suka sebab bila makan boleh jadi ultraman), beli air minuman jus (suka minum masa hisap rokok), Beli rokok, pegi mancing (minyak petrol RM40, ration-RM20, barang2 pancing-RM20, sewa bot -RM50 sorang)

Tapi kalau nak pegi shopping aku pegi tempat tak ramai orang pas tu terpencil. Tapi bini aku sudah merajuk daaaa.....die nak pegi Jalan TAR aku plak tak nak. dulu aku "complaint" pasal Giant sekarang aku ''complaint" pasal Jalan TAR.

Semasa aku belajar dan bekerja di KL ade juga singgah di Jalan TAR. Tempatnya sungguh tidak selesa dan ramai orang bersesak-sesak. Kenapa orang nak pegi Jalan TAR?......Susah nak jawab. nak beli baju raya kat tempat lain pon ade. banyak jugak pilihan. khemah2 di depan rumah kedai, office yang banyak dibina setiap kali nak beraya pon banyak jual baju raya. aku tak dapat jawab kenapa Jalan TAR.

Jadi memandangkan aku tak pegi jalan TAR, maka aku belikan isteri aku baju raya yang harganya (RM....) lebih kurang sama berbanding beli kat Jalan TAR kalau dicampur dengan kos minyak dari Perak ke KL (RM100) dan kos makan dalam perjalanan (RM50) serta penat lelah (Powerroot & rokok-RM10) dan masa. Meskipun begitu, mulutnya masih terkumat-kamit dengan perkataan-perkataan yang sukar difahami. Tapi ade jugak dengar perkataan "Jalan TAR"

akhir sekali ......why women're so difficult?

Wednesday, September 10, 2008

Katanya nak pegi Giant

Pasaraya Giant agak terkenal sehingga di bandar kecil cam Manjung ni pon ade Giant. Sesetengah org bila bersembang dgn bangga nya bercerita "tempat kami ade Giant". Walhal wife aku pon bila bercerita dengan kakak iparnya (kakak aku la) "alaa kat Manjung pun ade Giant".

Ade jugak orang bila bercakap "hui tempat kamu ade Giant yek" seolah-olah tempat yang ada Giant ni pekan atau bandar yang maju. Bagi aku, Giant ni banyak jugak memberi masalah kepada aku.

"Jom pegi Giant",........ "Abah, nak pegi Giant, nak main kuda kat Giant"....bukan aku ni lokek duit tapi nak cerita kesan Giant ni pada masyarakat Malaysia. Harga bukan ler murah sangat. Barang bukan ler berkualiti sangat. Baik aku pegi kedai ubat watson beli barang. sumer lagi murah.

Staff aku kalau kuar rehat kul 1 "eh jom kita makan kat Giant"

Fikirkan kesan untuk jangkamasa yg lama. Aku rasa Kedai Ubat Watson pon kena tutup. Burger Zack kat depan Bank muamalat pon tak mampu nak hidup. Pendek kata peniaga-peniaga kecil akan tetap kecil sampai mati.

Thursday, April 3, 2008

blog

hmm..sudah beberapa kali aku dengar org sebut perkataan "blog". Apa benda ntah. sampai org politik pon citer pasal blog. Akhirnya aku sendiri dah "create" satu blog persendirian.